Setiap
negara mempunyai pelbagai tempat bersejarah. Begitu juga di Malaysia
yang mempunyai banyak tempat bersejarahnya tersendiri yang patut anda
lawati jika anda ingin melihatnya sendiri. Terdapat beberapa tempat yang
mempunyai sejarahnya. Antaranya ialah :
1. Kota A’Famosa
A’Famosa
merupakan sebuah kubu yang telah dibina oleh penjajah Portugis selepas
mereka menakluk Melaka pada tahun 1511. Kota A’Famosa ini dibina oleh
buruh yang telah dipaksa untuk membina kubu ini atau nama rasminya Kubu
Melaka (Fortaleza de Malaca). Untuk membina Kota A’Famosa ini, ianya
mengambil masa selama 5 bulan.Manakala bahan-bahan untuk membina kubu
ini diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain. Oleh kerana suhu
panas terik pada ketika itu dan ditambah pula dengan kekurangan makanan,
ramai buruh-buruh mati ketika pembinaan Kota A’Famosa ini.Alfonso de
Albuquerque ialah orang yang memberi arahan atas pembinaan Kota A’Famosa
ini.Pada tahun 14 Januari 1641, penjajah Belanda telah menyerbu
A’Famosa melalui Pintu Santo Domingo Gate dan telah mengorbankan lebih
7,000 orang kesan akibat kebuluran, penyakit dan tembakan senjata
api.Kota A Famosa yang rosak teruk dalam pertempuran telah dibaiki.Porta
de Santiago yang merupakan pintu utama telah digantikan dengan logo
Syarikat Hindia Timur Belanda. Selepas itu, pihak Belanda membaiki dan
mengubah suai A’Famosa dan meletakkan logo mereka di atas pintu pagar
yang masih kekal sehingga kini dengan ukiran "Anno 1670".
2. Kellie’s Castle
Siapa
yang tinggal di Perak pasti sudah tahu akan tempat bersejarah ini iaitu
Kellie’s Castle. Kellie’s Castle yang diibaratkan seperti Taj Mahal.
Ianya diibaratkan seperti Taj Mahal kerana Kellie’s Castle ini dibina
atas lambang cinta William Kellie Smith kepada isterinya. Kellie’s
Castle ini telah dibina pada tahun 1915 tidak dapat disiapkan sepenuhnya
kerana kematian Kellie yang mati secara mengejut pada tahun 1926 kerana
mempunyai penyakit pneumonia.Kellie’s Castle ini mempunyai senibina
yang bercirikan Scottish, Moorish dan India. Walaupun mempunyai sejarah
yang tersendiri, ada yang berpendapat bahawa tempat ini mempunyai
makhluk halus dimana roh Kellie’s dan keluarganya ada berlegar-legar di
kawasan istana tersebut.
3. Istana Seri Menanti
Istana
Seri Menanti mempunyai keunikan yang tersendiri. Tahukah anda bahawa
istana ini dibina tanpa menggunakan sebatang paku? Istana ini dibina
tanpa menggunakan sebatang paku malahan mereka menggunakan teknik
alternatif iaitu menghubungkan kayu-kayu dan tiang istana ini hanya
dengan menggunakan pasak kayu. Istana Seri Menanti ini dibina pada tahun
1902 dan telah disiapkan pada 1908 ini mempunyai 4 batang tiang seri
utama dan 99 batang tiang kayu. Senibina istana ini dipengaruhi dengan
ciri-ciri budaya seni minangkabau dari Indonesia. Istana Seri Menanti
ini terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
4. Chandi Lembah Bujang
Chandi
Lembah Bujang yang terletak di Kedah ini merupakan satu seni binaan
yang dikatakan sebagai bahan binaan manusia yang paling tertua di Asia
Tenggara. Walaupun di Chandi Lembah Bujang ini tidak banyak boleh
dilawati tetapi kawasan tersebut mempunyai sejarah yang tersendiri.
Chandi Lembah Bujang ini dikatakan dibina pada awal masihi hingga 20
masihi. Lembah
Bujang mempunyai perhubungan yang sangat rapat dengan aktiviti
perdagangan maritim antaranya beberapa negara Asia, China, Asia Barat
dan India.
5. Fort Cornwallis
Fort
Cornwallis yang terletak di Pulau Pinang ini telah dibina pada tahun
1786 yang diketuai oleh Francis Light telah siap dibina pada 1810. Nama
Fort Cornwallis diambil dari Gabenor General India iaitu Charles
CornwalliS. Kubu ini dibina adalah untuk menjadi sebagai tempat
pertahanan daripada serangan dari musuh. Kota ini juga mempunyai bentuk
bintang 5 bucu dengan keluasan 417.6 kaki persegi.
6. Kota Belanda
Kota
Belanda yang terletak di Perak ini telah dibina pada tahun 1670 oleh
Syarikat Hindia Timur Belanda. Kota Belanda ini dibina adalah untuk
menyimpan bijih timah yang mereka dapat di negeri tersebut. Manakala
pada tahn 1960, penduduk tempatan di Perak tidak bersetuju dengan cara
pihak Belanda mendapat hasil bijih timah itu. Oleh disebabkan penduduk
tempatan tidak bersetuju, mereka telah memusnahkan kota belanda
tersebut.Selepas kota tersebut telah dimusnahkan,Belanda telah membina
semula kota tersebut pada tahun 1749. Pada ketika itu, kota tersebut
telah menempatkan seramai 80 orang pengawal. Selepas tahun 1779, kota
belanda tidak lagi digunakan lagi kerana Belanda telah menumpukan
perhatian mereka kepada perdagangan rempah ratus di Maluku, Indonesia.
Selain itu, Belanda juga sedang berhadapan dengan peperangan Napoleon di
Eropah dan disebabkan itu,kota belanda telah menjadi sebuah kota yang
terbiar.
{ 1 comments... read them below or add one }
Saya sangat berterimakasih banyak kepada
AKI MANGKUBONO yg sudah membantu saya sekeluarga,karna sekaran ini saya sudah punya usaha dan bisa melunasi semua hutang2 saya bakhan saya juga sudah bisa membahagiakan kedua orang tua saya bersama istri saya. itu semua atas bantuan AKI yang memberikan angkanya yaitu 2487 sudah banyak paranormal yg saya hubungi tapi tdk pernah membuahkan hasil sehingga saya mencoba mengikuti nomor ritual AKI MANGKUBONO dan alhamdulillah berhasil dan bagi anda yg ingin seperti saya silahkan HBG
085203333887 AKI MANGKUBONO jangan percaya sama nomor ritual paranormal yg lain,nomor ritual AKI MANGKUBONO meman selalu tepat dan terbukti. atau SILAHKAN ANDA BUKTIKAN SENDIRI.
Post a Comment